Karya Sulung untuk Mestica

May 16th, 2007 by tokjeng

Lagu ini adalah buah tangan sulung aku untuk Mestica yang akan dimuatkan dalam album ketiga Mestica yang masih dalam proses pembikinan. Lagu ni kira karya aku yang kedua diterbitkan dalam album selepas lagu "Mubarak Ramdahan" yang berentak sedikit techno. Lagu yang berjudul Nasuha ni pulak mempunyai elemen slow rock dan pop 90’s.Liriknya pulak aku tulis bersama salah seorang mentor aku dalam muzik, Bro Dakmie(ex-Barongan.I hope you guys will enjoy the song when it is published soon.


NASUHA

 Pada-Mu kuserah segala
Harta sepenuh jiwa juga raga
Hanya Kau Yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah

Pada-Mu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha

Kukesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Takkan ku ulangi

Ya Allah ya tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu

Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkanku kembali
Ke jalan redha-Mu

Tiada lain yang kuharap
Hanya kasih sayang-Mu tuhan
Membawaku ke rimbun keampunan
Ya Allah

Pada-Mu kuserah segala

Composer  :            Razin_Mestica
Lyricists    :            Dakmie &
Jogho

Producer             : Razin_Mestica
Music Arranger    : Dakmie
Guitar played by  : Eddie
Marzuki

Musim Orang Kawin

May 14th, 2007 by tokjeng

KEROL & FARAH
Hmm..lepas sorang, sorang kawan aku kawin. Ramai jugak yang dah dapat baby.Bila fikir balik rasa tua dah aku nih.hehehe.. 1 Mei lepas kawan aku, Kerol Mestica dah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya di Muar Johor. Walimah ni special sikit sebab aku bukan saja jadi pengapit masa tu tapi juga merangkap saksi akad cum drebar pengantin lelaki.Si khalil Mestica pulak jadi juru foto merangkap tukang bayar tol.huhuhu.. Tak tahu pulak kawin kat Johor ni ade "budaya unik". Ingatkan lalu highway je yang kena bayar tol,rupanya nak naik pelamin pun ada tol. Nasib baik tak kena berbalas pantun dulu. Kalau tak, "masak"  pengantin. Ramai tetamu yang hadir pada hari tu antaranya staff Hijjaz Records, Kak Atie, Wardiah, Along, Syima, Kak Fairuz, Muaz dan tak ketinggalan Ina Naim.Sayang Epul Mestica tak dapta hadir.Nak buat camne, exam punya pasal..

HAFIZ & ZUBAIDAH
Seminggu lepas tu, classmate aku time degree dulu pulak yang kawin. Isterinya pun bukan orang lain, budak fakulti kitorang jugak masa di Puncak Perdana dulu.Ini kes cinta kampus la ni. Alhamdulillah dari cinta kampus, akhirnya mereka ke jinjang pelamin. Aku ke sana bersama k ex-classmates aku, mas,raduan,nani,dahlia dan kak nen yang dah pun berada di sana bila kami sampai. Kenduri kat rumah Apis ni banyak mengimbau kenangan lama kami semua. Di rumah itu jugalah tempat kami mengadakan barbeku dan jamuan terakhir sebelum kami melangkah keluar dari bumi UiTM. Masih terngiang-ngiang hilai tawa dan telatah kengkawan kami masa jamuan tu.Bau ayam barbeku tu pun rasanya masih dapat dihidu.. Namum semua itu telahpun berlalu menjadi memori indah buat kami IS222 2003-2005.. Semusim bersama, seabad terasa…

YANG BAKAL MENYUSUL..
Sebulan 2 ni pun ramai lagi kawan-kawan aku yang akan naik pelamin. Shuhaidi(NC) & Jue (2 jun), Khalil Mestica (30 Jun).Yang paling ramai akan naik pelamin adalah kengkawan aku di kalangan ex-sains dungun 95-99. Siban (2 jun), Mat Pair, Hadi & Nad(Julai),Che Tok ngan Nora(Ogos)dan mungkin ade lagi yang aku belum tahu. Apapun aku ucapkan tahniah kepada korang semua dan aku doakan korang semua berbahagia sehingga ke akhir hayat. Insya Allah murah rezeki, aku pun akan mengikut jejak langkah korang tak lama lagi..hehehe

Di Sebalik Senyuman..

February 24th, 2007 by tokjeng

Aku memang suka tersenyum. Memang kena dengan tagline yang sering aku guna "Senyum Sokmo". Ramai yang menafsirkan aku sentiasa cool walau apa jua keadaan walaupun dalam keadaan tension atau sukar sekalipun. Semuanya kerana senyuman yang sering terpapar diwajahku. Memang betul, aku tak suka tunjuk kat orang lain Bersama_wartawan_harakah_intan_1
aku ade problem, tertekan, sedih atau sebagainya. Apatah lagi kepada insan-insan tersayang.Senyumanku menutup segalanya. Lagipun aku tak nak menyusahkan orang lain. Biar kutanggung semuanya sendiri selagi terdaya. Lagipun tak guna kita gundah gulana sebab ianya tak akan menyelesaikan masalah. Tak guna kita menangis kekesalan kerana sejarah tidak akan berubah. Yang penting kita melangkah terus ke depan.Kalau nak direnung kisah silam sekalipun, biarlah ianya hanya untuk mendapat pengajaran dan bukan sesekali untuk dirintih. Teruskan senyumanmu walaupun di sebaliknya ada seribu satu kesukaran.Kata orang, senyum itu sedekah yang paling mudah.. Sekurang-kurangnya dapat gak pahala ye tak? So tunggu ape lagi, senyum ler..


NISA GAMES

 

Nisa Games telahpun melabuh tirainya pada 18 Feb yang lepas. Banyak yang aku dapat belajar daripada penglibatan aku dan Nasyeed.Com dalam sukan wKoir_nisa_games_1anita ni. Pertamanya, memang best kerja ngan Nisa’ ni. Satu lagi aku tengok diorang m
emang extra komited dengan tugas dan tanggungjawap diorang. Memang aku salute habis. Aku rasa most of women memang macam tu.Sifat inilah yang agak kurang dalam diri seorang lelaki. Walaupun dengan serba kekurangan dan kekangan hebat, akhirnya berjaya juga temasya sukan ini dilaksanakan. Thanks to Kak Mas, Kak Muna, Yder, Erza, Che Na dan orang-orang kuat Nisa’ yang lain kerana bagi peluang kepada aku dan kengkawan di NC untuk bantu you all semua.


KOLUMNIS DARA.COM

Tak sangka lak aku, satu hari nanti aku akan terlibat dalam bidang penulisan ni. Frankly speaking, Autografmemang aku tak suka mengarang nih. Tapi ramai juga kengkawan aku yang cakap aku ni ade bakat dalam bidang ni. So bila dapat offer daripada
Dara.Com untuk jadi kolumnis, aku terima dengan hati terbuka. Aku tak nak lepaskan peluang untuk mencuba.Terima kasih kepada Lyn dan Abg Zaidi Wildan sebab bagi peluang dan galakan kepada aku.Harapnya, kolum tu nanti akan dapat sambutan. Tapi yang lebih penting, ianya membawa manfaat kepada semua orang termasuklah diri aku sendiri. Bak kata pepatah arab, "the best man are those who are useful to others"(Khairan nas anfauhum linnas). Sama-samalah kita jadi orang yang berguna kepada semua…

Final Semester…Do or Die..

January 15th, 2007 by tokjeng

Tak sangka pulak rasanya akhirnya sampai juga aku ke semester akhir.. Masa mula-mula join MBA dulu aku sebenarnya agak gusar dengan kemampuan aku. Maklumlah masa aka kat Information Management dulu tak pernah pulak aku belajar benda-benda membabitkan matematik ni. Kiranya officially kali terakhir aku involve ngan bab-bab nombor dulu adalah masa SPM. Itupun result aku dalam math bukannya bagus sangat. Alhamdulillah berkat doa mak ayah dan usaha yang dibuat akhirnya aku berjaya smpai ke sini. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang banyak membantu aku terutamanya kengkawan aku kat MBA yang dah bersama daripada first semester Amir,Azam, Umar, Lina, Nina, Sri, dan lain-lain..you’re among the best friends that i have. Apapun aku masih ada lebih kurang 4 bulan lebih  untuk berjuang. Tempoh masa inilah yang akan menentukan untung nasib aku selepas ni. Bila belajar semua dah settle, barulah aku boleh move for the next stage of my life..of course it would be entering the job market and kahwin la..hehehe..Pernah jugak aku terfikir nak terus je sambung belajar lepas abis MBA tapi kalau aku buat macam tu alamat tua kat dalam kampus la aku..hahahaha..Saban hari aku berdoa kepada Yang Maha Esa agar aku dapat grad dengan jayanya.. korang pun doalah untuk aku sekali ye….Amin..

Kembali Menulis…

December 15th, 2006 by tokjeng

Dah lama sangat aku tak posting kat sini… Nak kata sibuk tu taklah sangat tapi tulah orang kata,kalau asyik bertangguh ni, memang tak jadi. Sekarang ni tengah musimm cuti dan aku seperti biasa bila time cuti ni, aku akan masuk ofiAlong_dan_akmalce NC balik dan tolong ape yang patut. Selain tu aku dan budak mestica yang lain memenuhi undangan show seperti biasa walaupun hujung-hujung tahun ni takdelah banyak manapun stage show nye. Yang banyak majlis kawin kengkawan aku, Akmal Mirwana dah selamat dah 25 Nov lepas. Coming soon is Along Mirwana 17 Dis then Fazli Far East 24 Dis.Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada korang semua.Apedia???!! Aku pulak bila??? Ayyoyo macha, belajar pun tak abis lagi, sendiri mau ingat la…huhuhu.. hmmm…Cuti kali ni pun agak special sikit bagi aku sebab ayah dan bondaku kini berada di Mekah untuk menunaikan haji. Anakanada doakan ayahanda bonda berdua sentiasa sihat dan mendapat haji yang mabrur!!Amin..


AGM PIN

Alhamdulillah AGM PIN telahpun berlangsung dengan jayanya walaupun tak ramai ‘big shot’ nasyid yang hadir. Harapnya lepas ni perjalanan Persatuan Penggiat Industri Nasyid ( PIN) akan lebih teratur dan kemas serta terhindar daripada fitnah dan prasangka buruk. Terima kasih kepada semua yang bagi komitmen kepada PIN walaupun hanya menyokong dari jauh. Walaupun ada yang menganggap kewujudan PIN ini tidak relevan, aku yakin perlu ada satu badan yang berusaha untuk membangun dan memartabatkan industri nasyid secara keseluruhannya. Isu-isu yang diperjuangkan PIN mestilah isu-isu yang membawa manfaat kepada semua pihak dalam industri tak kiralah kumpulan baru ke, kumpulan lama ke, yg ada album atau tidak mahupun mereka yang kerja belakang tabir seperti penulis lirik, komposer dan sebagainya..


MERGE AND MERGE..

Aku agak tak faham bila kerajaan ambil keputusan utk menggabung beberapa konglomerat besar kat Malaysia terutamanya GLC. Lagipun bagi  aku sebagai orang yang tak berapa pandai ni, tak nampak sebarang sebarang sebab mengapa syarikat-syarikat perladangan besar seperti Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope perlu bergabung sebagai satu entiti yang dikenali sebagai Synergy DriSime_darbyve Sdn Bhd. Lagipun pada dasarnya, penggabungan akan hanya dilakukan apabila syarikat-syarikat terlibat mempunyai masalah khususnya dari sudut kewangan. Tapi dalam kes ketiga-tiga syarikat ini, perkara tersebut tidak berlaku. Begitulah juga dengan cadangan penggabungan antara Utusan Malaysia dan NSTP. Aku tak nampak apa perlunya gergasi media ni perlu digabungkan. Satu perkara yang agak merungsingkan bila berlakunya penggabungan adalah soal akan adanya pekerja yang diberhentikan.. this usually happen when merging take part in companies. Ye lah contohnya sekarang ni Guthrie ade 6 GM Sime Darby ade 5 dan Goleden Hope ade 4, takkanlah bila dah jadi satu company semuanya akan dikekalkan. Takkanlah sampai satu company ade sampai 15 orang General Manager?? Dah la graduan kita ramai takde kerja nanti kang tak pasal-pasal tambah lagi penganggur. hmmm.. ntahlah


SINGAPURA BAKAL ‘JAJAH’ MALAYSIA???

Ramai rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri yang bimbang bila sebahagian equiti dalam aset strategik  Malaysia seperti Proton, TM, Air Asia, Pantai, dan lain-lain telah mula dimiliki oleh entiti asing khususnya Singapura melalui cabang pelaburannya Temasek Holdings ataupun proksi-proksinya. Aku bukanlah seorang yang anti Singapura malah aku punya ramai juga sahabat dari Singapura tetapi pembelianProton
aset-aset strategik negara kepada entiti asing merupakan satu perkara yang sukar diterima.. Dah namapun strategik, tak seharusnya kita serah kepada orang lain.  Kalau benda  yang tak bersifat strategik  macam Giant ke,  Kilang  Cat ke lantak pilah tapi ini semua syarikat penting yang menjadi ‘national pride’. Satu lagi yang aku pelik dalam projek SJER atau Wilayah Pembangunan Iskandar , macam mana  projek health tourism dapat kat Parkway Holding  dari Singapura???!!! Sedangkan satu Malaysia tahu bahawa kita ada KPJ atau Kumpulan Perubatan JOHOR yang ada rangkaian hospital pakar dan pusat perubatan terkemuka di seluruh Malaysia. Mengapa kontrak tu tak diberikan kepada mereka sedangkan projek SJER ini tujuannya untuk memberi manfaat kepada rakyat khususnya di Johor. Lainlah kalau memang kita takde kepakaran dalam bidang tu.Dah la rakyat singapura akan bebas  menjelajah SJER tanpa melalui pemeriksaaan Imegresen dan pasport!! Jangan pulak satu hari nanti rakyat singapura akan bebas memiliki hartanah di JOHOR sudah..Kalaupun nak cakap ada G to G punya understanding, tak pernah pulak aku dengar Khazanah Nasional beli ekuiti syarikat strategik Singapura. Yang aku dengar hanyalah ade senarai syarikat-syarikat Malaysia yang dibeli ekuitinya sedikit demi sedikit oleh entiti Singapura.NSTP pernah siarkan list tu.Dah la tu Editor NSTP pun orang Singapura Brenda Pirera. Lepas ramai orang bising termasuk Tun Mahathir barulah tukar orang kita.. Mintak maaf la aku memang agak emosional sikit  bila sentuh bab-bab kepentingan negara dan rakyat ni. Rakyat Thailand pun sanggup singkir PM Mereka bila PM Thai bila beliau dia jual syarikat telco strategik Thailand kepada Temasek Holding sekaligus mengabaikan kepentingan negara Thailand. So aku harap Pak Lah dan kerajaan kita mempunyai penjelasan dan hujah yang kukuh di atas fenomena-fenomena ayang aku sebutkan di atas. Tak naklah nanti Malaysia ni jadi macam cerita Pak Kadok, menang sorak tapi kampung tergadai!!!

THE NEW KING OF MALAYSIA
Sultan_mizan_1

Di kesempatan ini jugak aku nak ucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Nur Zahirah di atas perlantikan baginda berdua sebagai SPB Yang Dipertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong. Semoga Malaysia akan terus makmur dan berkat di bawah naungan tuanku. DAULAT TUANKU!!!

Pemandu lori yang menggila…

September 9th, 2006 by tokjeng

Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke Shah Alam daripada Machang, aku nyaris-nyaris terlibat dalam kemalangan. Masa tu kami kat jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Epul yang memandu, Kerol dok kat kerusi depan dan aku sorang kat belakang. Muaz (PR Hijjaz) tak follow kami balik sekali sebab ada kenduri di Kota Bharu. Khalil pulak memang tak join show kat kelantan ni sebab tak dapat cuti..

Lori
Lebih kurang pukul 3.00 pagi, di suatu kawasan berbukit, sebuah trailer yang dipandu melebihi 100km/j yang memotong sebuah trailer lain memecut terus ke arah kami. Epul yang memandu terpaksa mengelak lori tersebut sampai waja yang dipandu bergerak di kawasan bahu jalan. Nasib baik Epul tak panik dan pemandu lori tu pun tak gelabah. Kalau tak kemungkinan besar kemalangan ngeri akan berlaku! Nauzubillah!.. Dalam keadaan cemas dan hati yang berdebar-debar bercampur marah serta geram tu, terpacul spontan dari mulut aku,  " Celaka punye lori!!!"Bila aku toleh ke belakang aku nampak sign syarikat lori tu. Memang aku kenal sgt. Syarikat pengankutan tu pejabat dia dekat Wakaf Che Yeh, KB dan kalau kat  KL ofis dia di Jalan Klang Lama.Aku pun dulu pernah guna khidmat mereka untuk hantar motor aku balik kampung..

Dalam hati aku memang geram giler.. rasa kalau dapat, nak aje aku belasah driver lori yang kurang ajar tu!!Langsung tak fikir pasal orang lain. Tahulah awak tu besar, yang teruk nanti kenderaan kecik macam kami ni!! Kalau beginilah sikap pemandu kat negara kita, tak hairanlah kadar kemalangan kat Malaysia ni cukup tinggi. Lepas tu Epul dah ketar lutut, tak boleh bawak kete dah. Si kerol pulak masih fobia lepas kemalangan baru-baru ni.So aku take over jadi pilot sampailah kami tiba di Raub untuk solat subuh lebih kurang pukul 6.15 pagi. Lepas tu Epul pulak yang memandu sampalah Shah Alam. Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Shah Alam pukul 2 jam kemudian. Kalau tak maybe aku takkan menulis blog ni lagi… Thank you Allah!!!

Harapan Yang Palsu..

August 28th, 2006 by tokjeng

TIPAH TERTIPU

Sekali lagi skuad bolasepak m’sia memberi harapan palsu kepada peminat. Setelah cemerlang menumpaskan Thailand 2-1 dan hanya memerlukan seri untuk melangkah ke final, Malaysia tunduk longlai kepada Myanmar 2-1. " Weh!!! FAM tutup kedai la!!!!….. Norizan, harap janggut je panjang, akaKecewalagii tak panjang!!!!" begitulah antara cemuhan yang dilemparkan oleh penonton sebaik wisel penamat. Walaupun aku taklah sampai nak kutuk skuad malaysia macam tu skali tapi aku tak salahkan penonton. Dengan harapan yang menggunung tinggi, lebih 15 ribu penyokong m’sia turun ke stadium utk melihat malaysia ke final. Buat seketika harapan mereka itu nampak cerah bila Indra putra menjaringkan gol pendahuluan untuk malaysia melalui sepakan penalti. Separuh masa pertama pun malaysia yang control game dengan menyerang bertali arus. Tapi segalanya berubah pada separuh masa kedua bila myanmar menjaringkan 2 gol dalam 15 minit pertama sekaligus buat skuad malaysia merana. Sekali lagi peminat Malaysia tertipu dengan harapan palsu sama seperti kejohanan Piala Tiger dulu bila Malaysia tunduk kepada Indon 5-3 walaupun mendahului dengan 3-1… Nampaknya Tipah tertipu lagi….


RUSUHAN KECIL

Sebaik tamat perlawanan hampir-hampir tercetus rusuhan antara penyokong ekoran kebiadaban penyokong Myanmar yang mencaci Malaysia. Aku rasa tak sesuai untuk aku luahkan di sini apa yang mereka cakapkan.Memang panas beb!! Ramai yang hilang sabar!! Apabila mendengar cacian itu, seorang brother penyokong m’sia yang badannya agak gempak telah menjerit ke arah mereka dan menerpa bersama beberapa yang lain, melihat keadaan itu  Makcik Pakcik yang dengan anak-anak semua berlari semula masuk ke dalam stadium, risau takut berlaku rusuhan. Aku yang dok tengah-tengah stand by je..tapi berundur jugak la ke  belakang. Pada masa yang sama penyokong Myanmar yang lebih kurang seratus orang lari lintang pukang bila di serbu.Aku ingat mereka berani sangat, skali kena jerkah terus lari tinggal selipar semua.. Tu la lain kali jangan nak berlagak kat tempat orang. Korang tu cari makan kat sini..Pengurusan stadium pun bangang jugak bukak 1 pintu je untuk keluar. Orang puluhan ribu, bila dah 2 kumpulan penyokong bersesak nak keluar ikut satu pintu memang la risiko untuk bergaduh tinggi..

SELAMAT HARI JADI NINA

Nina
Di kesempatan ini jugak akau nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada kawan aku budak MBA sorang nih.. Nina Firisha.. Dan aku pun nak mintak maaf sebab tak dapat pergi birthday party dia sebab ada event di bangi. Apapun walau tuannya tak sampai, hadiah tetap sampai..huhuhu Harap ko suka dengan present yang tak seberapa tu… Happy Birthday!!

Pestabola Merdeka Kembali Lagi..

August 25th, 2006 by tokjeng

Hmm.. Minggu ni dah 2 kali kali aku pegi stadium..Maklum la Pestabola Merdeka kali ni buat kat stadium Shah Alam so aku tak nak lepaskan peluang tengok team Malaysia beraksi. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Biarlah orang lain nak cakap team Malaysia cap ayam ke, ape ke, (walaupun memang aku rasa corak permainan mereka masih lagi di tahap cap ayam) tapi aku rasa terpanggil utk beri sokongan kepada pasukan kebangsaan.Lagipun kalau kita sendiri yang tak sokong, siapa lagi? Patriotik la sikit beb!!

Tadi masa nak pegi stadium tengok malaysia lawan thailand, hujan turun dengan lebat. Tapi aku911840319
redah jugak dengan ‘kuda merah’ aku tu. Malaysia punye pasal…takpelah..basah pun basah.. Actually keluar tadi awal konon nak beli tiket awal, takut jadi mcam lawan indon hari tu.Terpaksa aku beratur panjang. Dah la tu tiket abis… "Bodoh punye FAM! Kalau orang tak turun bagi sokongan cakap orang tak patriotik la, tapi bila orang turun stadium, tiket tak cukup!!"begitulah emosinya sorang brother yg beratur ngan aku kat kaunter tiket masa lawan indon ari tu.Lebih kurang ade 300 orang yang terkandas kat luar sebab tiket habis, padahal stadium tak penuh pun! nasib baik diorg akhirnya bagi kami masuk free..kalau tak.. memang bengang giler.Masuk je stadium indon dah score satu gol.. diorang main memang cantik.ball control, passing, semuanya jauh lebih baik daripada team Malaysia. Nasib baik la last-last minute indon masuk gol sendiri,jadilah 1-1 kalau tak memang kalah la malaysia malam tu..

Malam ni pulak dalam keadaan basah kuyup, aku masuk ke stadium dengan semangat yang berkobar-kobar untuk melihat Malaysia menang. Sempat juga aku tengok indon ngan myanmar main.diorang seri 0-0.game tu memang hambar sikit sebab main dalam hujan kan.Susah nak control bola.Sedang aku dok syok tengok bola tetiba sorang brother tegur aku."Weh pekabo ko? Dengar citer ko dah jadi artis", rupanya yang tegur aku tu Jamal, senior masa kat Perindu dulu. "Camtulah lebih kurang" jawab aku sambil tersenyum..Sambil nak tunggu game malaysia thai start sempat jugak dia belanja aku minum."Bukan senang nak belanja artis ni" kata si jamal sambil tergelak..

Indraputra
"Prrrriiiiiiittttt!" Wisel pengadil berbunyi menandakan game dah bermula lebih kurang pukul 9.30 malam sebab previous game delay ekoran hujan lebat. Thailand lebih banyak mengusai permainan dan mengatur gerakan-gerakan cantik mengancam gawang Malaysia. Malaysia main macam hampeh! Bola selalu hilang, forward pun tak menjadi. Aku cukup bengang dengan 2 pemain macam Hardi Jaafar ngan Nanthakumar. Main ntah ape-ape. Bukan aku saje,penonton lain pun macam tu..
Makin lama aku tengok game ni makin bosan!Terutamanya corak permainan Malaysia tapi tiba-tiba….."GOL!!!" Bergemuruh stadium Shah Alam dgn sorakan penonton..Malaysia mendahului 1-0 hasil jaringan Indra Putra menerusi sati set piece.. Fikiran aku yg dah melayang tadi pun kembali ke tengah padang.

Masuk separuh masa kedua, Thailand masih mengusai, dan pemain Malaysia masih lagi kadang-kadang buat kesilapan yang tak masuk akal. Bola selalu kena curi. Satu lagi aku tengok pemain Malaysia ni dari dulu lagi jenis tunggu bola, tak nak challenge langsung. Pastu aku tengok diorg satu lagi takde sense of urgency atau dalam bahasa mudahnye lembab!! Hasil daripada  kealpaan defence Malaysia, Thailand menyamakan kedudukan 1-1.Penonton dah mula tak senang duduk. Ada yang dah mula mencemuh. "Macha ape lu bikin?!!"…"Weh cikgu Jan bawak keluar Nantha tu! Simpan buat ape?"… Akhirnya cemuhan itu terhenti bila Indra Putra score second goal.. "Haa… macam tu la main bola!!" pekik sorang pakcik kat belakang aku.. Lega rasanya game tamat dengan Malaysia menang 2-1. Cerah la sikit peluang nak ke final.. cuma aku rasa  masih banyak  lagi yg team malaysia perlu improve… Apapun  tak sia-sia aku berhujan ke stadium malam ni.. TERIMA KASIH MALAYSIA!!!

Polemik Suara Wanita

August 24th, 2006 by tokjeng

Hmm.. ramai jugak peminat dan penggiat nasyid yang terkejut bila dapat tahu Hijjaz Records dah ambik Ina Hijjaz(bekas tunang mawi) jadi artis terbaru naungannya.Malah dalam Komuniti SahabatHijjaz (fan club Hijjaz) benda ni jadi perdebatan hangat. Ada yang menentang keras sampai sanggup mengancam untuk memboikot dan tak kurang yang tak kisah. Bagi yang menentang, antara isu utama yang dijadikan asas penentangan adalah soal suara wanita yang dikatakan sebahagian daripada aurat.Tak kurang yang menentang kerana imej Ina yang dikatakan tak cukup Islamik (ni maybe sebab bulu kening yang dicukur dan tudung yang tak sempurna). Hmm.. nampaknye benda ni dah jadi polemik  kepada peminat nasyid.Aku bukanlah nak berlagak pandai cuma nak berkongsi sedikit maklumat dan pendapat serta mengupas tentang soal suara wanita dalam nasyid ni.

SUARA WANITA DALAM IRAMA NASYID

Kalau tengok kepada apa yang berlaku dalam industri nasyid sendiri, soa l ini bukanblah sesuatu yang baru. Pada zaman kumpulan-kumpulan nasyid Arqam dulu seperti Nadamurni dan theMawaddah
zikr mendominasi genre nasyid, kumpulan nasyid perempuan memang wujud tetapi tidak dipersembahkan secara terbuka. Malah pada masa itu penggunaan alat muzik bertali dan bertiup pun dianggap haram. Namun dalam era nasyid kontemporari ni, keadaan telah berubah. Penggunaan alat muzik tidak lagi terhad kepada alat tertentu.Bukan kerana  hukum itu berubah, tetapi soal muzik ini bukanlah sesuatu yang bersifat qat’ie yakni putus tetapi lebih kepada khilaf. Dalam erti kata lain, ulamak berbeza pendapat dalam hal ini yang mana disokong dengan hujah dan dalil mereka tersendiri. So kita sebagai pengikut ni, boleh la pilih mana-mana pendapat yang kita yakin.

Pada zaman 70′an dulu majoriti kumpulan nasyid mainstream seprti al mizan, al jawaher dan lain-lain adalah wanita. Zaman nasyid kontemporari pun ade kumpulan-kumpulan nasyid wanita seperti  SolehaDsc00157vih, Wirdani, Mawaddah dan Huda.  Pernah satu ketika dulu, saya agak terkejut bila tengok kumpulan rabbani berduet dengan Datuk Sharifah Aini dalam satu lagu utk rancangan RTM. Kemudian Hijjaz pula berduet dengan Rahimah Rahim dalam lagu ‘Doa’ utk siaran Zoom In. Kumpulan Brothers juga berduet dengan Waheeda dalm album Brothers Reunited.Ketika itu saya terfikir bahawa nampaknya ketiga-tiga otai nasyid ni sudah agak liberal dalam soal ini. Jika tidak masakan meraka sanggup berduet dengan penyanyi wanita? Ditambah pula baru-baru ini bila Rabbani Production menganjurkan Konsert Sinar Maulidurrasul yang turut melibatkan Siti Nurhaliza dan Waheeda. Jika mereka menganggap suara wanita itu aurat dan wanita tidak boleh menyanyi di tempat terbuka, maka perkara-perkara tersebut tidak akan dilakukan. Malah mereka juga tidak akan menulis lagu utk kumpulan nasyid wanita dan menjadi jurulatih kepada kumpulan nasyid wanita kerana perbuatan ini boleh dianggap syubahah.Even kalau dengar Siti Nurhaliza atau Waheeda pun tak boleh! Maka dengan itu jelaslah bahawa mereka mengambil pendirian bahawa suara wanita bukanlah aurat secara total. Senang citer, kalau wanita tu tu menyanyi utk berdakwah, maka ia dibolehkan.


DALIL BERKAITAN DAN PENDAPAT ULAMA
Qaradawi
Menurut pendapat ulamak tersohor Al-Azhar, Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fatwa-fatwa Kontemporari, suara wanita bukanlah aurat.Malah beliau kesal dengan tindakan segelintir
umat yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi haknya serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan syarak. Menurut beliau lagi golongan ini juga mengatakan suara wanita itu aurat ,kerananya tidak boleh wanita berkata-kata kepada lelaki selain suami atau mahramnya.Sebab, suara dengan tabiatnya yang merdu dapat menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Namun, jelas Dr.Yusuf, apabila golongan ini ditanya dalil yang dapat dijadikan sandaran, mereka gagal memukakannya.

Berikut adalah petikan daripada hujah Dr.Yusuf Qardhawi dalam buku Fatwa-Fatwa Kontemporari:

" Apakah mereka tidak tahu bahawa Al-Quran membolehkan lelaki bertanya kepada isteri-isteri Nabi SAW dari balik tabir? Bukankah isteri-isteri nabi itu mendapat tugas dan tanggungjawab lebih berat isteri-isteri yang lain sehinggakan ada beberapa perkara yang diharamkan  ke atas mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian  Allah berfirman:

        "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka
         mintalah dari belakang tabir…" (surah al Ahzab: 53)

Permintaan atau pertanyaan (dari para sahabat) itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Muslimin . Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan mereka meriwayatkan hadis bagi orang-orang yang ingin mengmbil hadith mereka…

……Selanjutnya, Al-Quran juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman dan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannnya sebagaimana pendapat terpilih..

Walaubagimanapun, Dr Yusuf Qardhawi turut menjelaskan perkara yang dilarang berkaitan suara wanita ini seperti petikan di bawah:

   Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh   Al-Quran distilahkan dengan al-khudhu bil qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagimana disebutkan dalam firman Allah:

        "Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa.
         Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada
         penyakit hatinya , dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al ahzab:32)

Allah melarang khudhu yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit". Namun , dengan ini bukan bererti Allah melarang semua perbicaraan wanita dengan setiap lelaki…..

kalau nak baca lebih lanjut pasal artikel Dr.Yusuf Qardhawi boleh ke laman web ni
Fatwa-Fatwa Kontemporer

boleh gak ke laman-laman lain yg berkaitan:
Syariah Online
Suara Wanita Bukan Aurat
Suara Wanita:Aurat atau bukan

PERSOALAN YANG TIMBUL

Berdasarkan hujah dan pendapat ulamak di atas dapatlah disimpulkan bahawa suara wanita bukanlah aurat akan tetapi wanita dilarang sama sekali melunakkan perbicaraan untuk menarik lelaki yang di istilahkan dalam Al Quran sebagai Al-Khudhu bil Qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara) seperti yang termaktub dalam surah al ahzab ayat 32. 

Persoalannya adakah penasyid atau penyanyi wanita walaupun menyanyikan lagu dakwah serta menyanyi di tempat terbuka termasuk dalam perbuatan ini?

Hmm.. diharap kalau ada hujah-hujah lain untuk mengupas persoalan ini, sudilah kiranya jika tuan-tuan dapat kongsikan bersama.Lagipun majlis fatwa kebangsaan setelah dihubungi mengesahkan fatwa tentang perkara ini tidak pernah diputuskan. Setakat ini cuma negeri Kelantan melalui enakmen hiburannya melarang sama sekali persembahan wanita di khalayak ramai termasuk qariah bagi pertandingan tilawah al-quran… Pening-pening…
 

   

Arwah Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi?

March 19th, 2006 by tokjeng

    Hmm.. kalau kita tengok sejak zaman millenium ni bahasa melayu dah semakin terpinggir. Dah la ramai kaum bukan Melayu tak dapat berbahasa Melayu langsung(tak sepatutmya jadi macam ni,Bahasa Melayu kan BAHASA KEBANGSAAN!!), yang melayu pulak terutama golongan elit Melayu  terlalu mengagungkan bahasa Inggeris.  Ade yang sesetengahnya menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dua.Anak-anak yang baru lahir pun terus diajar bahasa inggeris.Sampai cakap melayu pun tak pandai. Ape nak jadi nih?
    Memang tak salah untuk kita belajar bahasa Inggeris tapi, malah memang bahasa Inggeris sangat penting untuk bersaing pada zaman ini terutamanya dalam perniagaan.Oleh kerana sekarang ni negara barat yang menguasai ilmu dan teknologi, kita tak dapat elak untuk belajar bahasa Inggeris untuk mempelajari ilmu yang mereka kuasai. Sama gak situasinya bilamana orang barat terpaksa belajar bahasa arab ketika zaman kegemilangan tamadun islam di Baghdad mahupun Andalusia. Malah zaman kegemilangan melaka pun, bahasa Malayu menjadi Lingua Franca.
    Nasib tulisan jawi pulak lagi teruk.Sejak kementerian menukarkan tulisan buku teks subjek pendidikan Islam yang digunakan di sekolah dari tulisan jawi kepada rumi maka ramailah generasi baru yang tak pandai jawi. Usahkan membaca, mengeja pun tak tahu. Dulu sekurang-kurangnya mereka terpaksa belajar jawi sebab nak baca buku teks tu tapi sekarang? ….. Baru-baru ni berlaku lagi tragedi yang memberi tamparan hebat kepada tulisan jawi apabila akhbar tunggal tulisan jawi iaitu Utusan Melayu terpaksa ditutup kerana tidak lagi mendapat sambutan.Nampaknya tulisan jawi dah semakin nazak.
    Walaubagimanapun, alhamdulillah semenjak dua menjak ni, dah ada golongan yang sedar tentang perkara ni. Pihak kerajaan pun dah mengambil langkah positif untuk memartabatkan lagi bahasa Melayu dan tulisan Jawi.Umpamanya program JQAF di sekolah-sekolah. Setidak-tidaknya ia dapat memperbaiki  kesilapan lalu. TV3 pun dah tukar nama karnival Sureheboh jadi Jomheboh.Sekurang-kurangnya ada usaha mereka untuk memartabatkan bahasa Melayu. Tahniah buat Dato’ Farid Redzuan dan TV3!!
     Apapun kalau masyarakat sendiri tak memberi sokongan atas usaha-usaha yang dijalankan dan masih nak berlagak macam mat saleh, ianya akan jadi sia-sia. Sedarlah bahasa Melayu ni milik kita, kalau bahasa sendiri pun kita nak pinggirkan apa lagi yang boleh menjadi identiti kita sebagai orang melayu? Jangan pulak sampai satu hari nanti, kita mengaku je Malayu tapi nak cakap Melayu pun tak reti. Apatah lagi membaca dan menulis dalam tulisan jawi. Sesungguhnya BAHASA JIWA BANGSA!!!