Arwah Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi?

    Hmm.. kalau kita tengok sejak zaman millenium ni bahasa melayu dah semakin terpinggir. Dah la ramai kaum bukan Melayu tak dapat berbahasa Melayu langsung(tak sepatutmya jadi macam ni,Bahasa Melayu kan BAHASA KEBANGSAAN!!), yang melayu pulak terutama golongan elit Melayu  terlalu mengagungkan bahasa Inggeris.  Ade yang sesetengahnya menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dua.Anak-anak yang baru lahir pun terus diajar bahasa inggeris.Sampai cakap melayu pun tak pandai. Ape nak jadi nih?
    Memang tak salah untuk kita belajar bahasa Inggeris tapi, malah memang bahasa Inggeris sangat penting untuk bersaing pada zaman ini terutamanya dalam perniagaan.Oleh kerana sekarang ni negara barat yang menguasai ilmu dan teknologi, kita tak dapat elak untuk belajar bahasa Inggeris untuk mempelajari ilmu yang mereka kuasai. Sama gak situasinya bilamana orang barat terpaksa belajar bahasa arab ketika zaman kegemilangan tamadun islam di Baghdad mahupun Andalusia. Malah zaman kegemilangan melaka pun, bahasa Malayu menjadi Lingua Franca.
    Nasib tulisan jawi pulak lagi teruk.Sejak kementerian menukarkan tulisan buku teks subjek pendidikan Islam yang digunakan di sekolah dari tulisan jawi kepada rumi maka ramailah generasi baru yang tak pandai jawi. Usahkan membaca, mengeja pun tak tahu. Dulu sekurang-kurangnya mereka terpaksa belajar jawi sebab nak baca buku teks tu tapi sekarang? ….. Baru-baru ni berlaku lagi tragedi yang memberi tamparan hebat kepada tulisan jawi apabila akhbar tunggal tulisan jawi iaitu Utusan Melayu terpaksa ditutup kerana tidak lagi mendapat sambutan.Nampaknya tulisan jawi dah semakin nazak.
    Walaubagimanapun, alhamdulillah semenjak dua menjak ni, dah ada golongan yang sedar tentang perkara ni. Pihak kerajaan pun dah mengambil langkah positif untuk memartabatkan lagi bahasa Melayu dan tulisan Jawi.Umpamanya program JQAF di sekolah-sekolah. Setidak-tidaknya ia dapat memperbaiki  kesilapan lalu. TV3 pun dah tukar nama karnival Sureheboh jadi Jomheboh.Sekurang-kurangnya ada usaha mereka untuk memartabatkan bahasa Melayu. Tahniah buat Dato’ Farid Redzuan dan TV3!!
     Apapun kalau masyarakat sendiri tak memberi sokongan atas usaha-usaha yang dijalankan dan masih nak berlagak macam mat saleh, ianya akan jadi sia-sia. Sedarlah bahasa Melayu ni milik kita, kalau bahasa sendiri pun kita nak pinggirkan apa lagi yang boleh menjadi identiti kita sebagai orang melayu? Jangan pulak sampai satu hari nanti, kita mengaku je Malayu tapi nak cakap Melayu pun tak reti. Apatah lagi membaca dan menulis dalam tulisan jawi. Sesungguhnya BAHASA JIWA BANGSA!!!

2 Responses to “Arwah Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi?”

  1. Awang Soh Says:

    Orang Melayu kena pandai menghargai haknya. Hak bangsa Melayu. Tulisan Jawi itu hak orang Melayu yang juga warisan pusaka bangsa tanah air ini.Tidak berasakah tanggungjawab kita bersama memartabatkan tulisan jawi demi kekayaan dan jati diri bangsa Melayu.

  2. fauzi - web design Says:

    mesti lah terpinggir kalau sudah menagungkan bahasa inggeris

Leave a Reply