Archive for August, 2006

Harapan Yang Palsu..

Monday, August 28th, 2006

TIPAH TERTIPU

Sekali lagi skuad bolasepak m’sia memberi harapan palsu kepada peminat. Setelah cemerlang menumpaskan Thailand 2-1 dan hanya memerlukan seri untuk melangkah ke final, Malaysia tunduk longlai kepada Myanmar 2-1. " Weh!!! FAM tutup kedai la!!!!….. Norizan, harap janggut je panjang, akaKecewalagii tak panjang!!!!" begitulah antara cemuhan yang dilemparkan oleh penonton sebaik wisel penamat. Walaupun aku taklah sampai nak kutuk skuad malaysia macam tu skali tapi aku tak salahkan penonton. Dengan harapan yang menggunung tinggi, lebih 15 ribu penyokong m’sia turun ke stadium utk melihat malaysia ke final. Buat seketika harapan mereka itu nampak cerah bila Indra putra menjaringkan gol pendahuluan untuk malaysia melalui sepakan penalti. Separuh masa pertama pun malaysia yang control game dengan menyerang bertali arus. Tapi segalanya berubah pada separuh masa kedua bila myanmar menjaringkan 2 gol dalam 15 minit pertama sekaligus buat skuad malaysia merana. Sekali lagi peminat Malaysia tertipu dengan harapan palsu sama seperti kejohanan Piala Tiger dulu bila Malaysia tunduk kepada Indon 5-3 walaupun mendahului dengan 3-1… Nampaknya Tipah tertipu lagi….


RUSUHAN KECIL

Sebaik tamat perlawanan hampir-hampir tercetus rusuhan antara penyokong ekoran kebiadaban penyokong Myanmar yang mencaci Malaysia. Aku rasa tak sesuai untuk aku luahkan di sini apa yang mereka cakapkan.Memang panas beb!! Ramai yang hilang sabar!! Apabila mendengar cacian itu, seorang brother penyokong m’sia yang badannya agak gempak telah menjerit ke arah mereka dan menerpa bersama beberapa yang lain, melihat keadaan itu  Makcik Pakcik yang dengan anak-anak semua berlari semula masuk ke dalam stadium, risau takut berlaku rusuhan. Aku yang dok tengah-tengah stand by je..tapi berundur jugak la ke  belakang. Pada masa yang sama penyokong Myanmar yang lebih kurang seratus orang lari lintang pukang bila di serbu.Aku ingat mereka berani sangat, skali kena jerkah terus lari tinggal selipar semua.. Tu la lain kali jangan nak berlagak kat tempat orang. Korang tu cari makan kat sini..Pengurusan stadium pun bangang jugak bukak 1 pintu je untuk keluar. Orang puluhan ribu, bila dah 2 kumpulan penyokong bersesak nak keluar ikut satu pintu memang la risiko untuk bergaduh tinggi..

SELAMAT HARI JADI NINA

Nina
Di kesempatan ini jugak akau nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada kawan aku budak MBA sorang nih.. Nina Firisha.. Dan aku pun nak mintak maaf sebab tak dapat pergi birthday party dia sebab ada event di bangi. Apapun walau tuannya tak sampai, hadiah tetap sampai..huhuhu Harap ko suka dengan present yang tak seberapa tu… Happy Birthday!!

Pestabola Merdeka Kembali Lagi..

Friday, August 25th, 2006

Hmm.. Minggu ni dah 2 kali kali aku pegi stadium..Maklum la Pestabola Merdeka kali ni buat kat stadium Shah Alam so aku tak nak lepaskan peluang tengok team Malaysia beraksi. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Biarlah orang lain nak cakap team Malaysia cap ayam ke, ape ke, (walaupun memang aku rasa corak permainan mereka masih lagi di tahap cap ayam) tapi aku rasa terpanggil utk beri sokongan kepada pasukan kebangsaan.Lagipun kalau kita sendiri yang tak sokong, siapa lagi? Patriotik la sikit beb!!

Tadi masa nak pegi stadium tengok malaysia lawan thailand, hujan turun dengan lebat. Tapi aku911840319
redah jugak dengan ‘kuda merah’ aku tu. Malaysia punye pasal…takpelah..basah pun basah.. Actually keluar tadi awal konon nak beli tiket awal, takut jadi mcam lawan indon hari tu.Terpaksa aku beratur panjang. Dah la tu tiket abis… "Bodoh punye FAM! Kalau orang tak turun bagi sokongan cakap orang tak patriotik la, tapi bila orang turun stadium, tiket tak cukup!!"begitulah emosinya sorang brother yg beratur ngan aku kat kaunter tiket masa lawan indon ari tu.Lebih kurang ade 300 orang yang terkandas kat luar sebab tiket habis, padahal stadium tak penuh pun! nasib baik diorg akhirnya bagi kami masuk free..kalau tak.. memang bengang giler.Masuk je stadium indon dah score satu gol.. diorang main memang cantik.ball control, passing, semuanya jauh lebih baik daripada team Malaysia. Nasib baik la last-last minute indon masuk gol sendiri,jadilah 1-1 kalau tak memang kalah la malaysia malam tu..

Malam ni pulak dalam keadaan basah kuyup, aku masuk ke stadium dengan semangat yang berkobar-kobar untuk melihat Malaysia menang. Sempat juga aku tengok indon ngan myanmar main.diorang seri 0-0.game tu memang hambar sikit sebab main dalam hujan kan.Susah nak control bola.Sedang aku dok syok tengok bola tetiba sorang brother tegur aku."Weh pekabo ko? Dengar citer ko dah jadi artis", rupanya yang tegur aku tu Jamal, senior masa kat Perindu dulu. "Camtulah lebih kurang" jawab aku sambil tersenyum..Sambil nak tunggu game malaysia thai start sempat jugak dia belanja aku minum."Bukan senang nak belanja artis ni" kata si jamal sambil tergelak..

Indraputra
"Prrrriiiiiiittttt!" Wisel pengadil berbunyi menandakan game dah bermula lebih kurang pukul 9.30 malam sebab previous game delay ekoran hujan lebat. Thailand lebih banyak mengusai permainan dan mengatur gerakan-gerakan cantik mengancam gawang Malaysia. Malaysia main macam hampeh! Bola selalu hilang, forward pun tak menjadi. Aku cukup bengang dengan 2 pemain macam Hardi Jaafar ngan Nanthakumar. Main ntah ape-ape. Bukan aku saje,penonton lain pun macam tu..
Makin lama aku tengok game ni makin bosan!Terutamanya corak permainan Malaysia tapi tiba-tiba….."GOL!!!" Bergemuruh stadium Shah Alam dgn sorakan penonton..Malaysia mendahului 1-0 hasil jaringan Indra Putra menerusi sati set piece.. Fikiran aku yg dah melayang tadi pun kembali ke tengah padang.

Masuk separuh masa kedua, Thailand masih mengusai, dan pemain Malaysia masih lagi kadang-kadang buat kesilapan yang tak masuk akal. Bola selalu kena curi. Satu lagi aku tengok pemain Malaysia ni dari dulu lagi jenis tunggu bola, tak nak challenge langsung. Pastu aku tengok diorg satu lagi takde sense of urgency atau dalam bahasa mudahnye lembab!! Hasil daripada  kealpaan defence Malaysia, Thailand menyamakan kedudukan 1-1.Penonton dah mula tak senang duduk. Ada yang dah mula mencemuh. "Macha ape lu bikin?!!"…"Weh cikgu Jan bawak keluar Nantha tu! Simpan buat ape?"… Akhirnya cemuhan itu terhenti bila Indra Putra score second goal.. "Haa… macam tu la main bola!!" pekik sorang pakcik kat belakang aku.. Lega rasanya game tamat dengan Malaysia menang 2-1. Cerah la sikit peluang nak ke final.. cuma aku rasa  masih banyak  lagi yg team malaysia perlu improve… Apapun  tak sia-sia aku berhujan ke stadium malam ni.. TERIMA KASIH MALAYSIA!!!

Polemik Suara Wanita

Thursday, August 24th, 2006

Hmm.. ramai jugak peminat dan penggiat nasyid yang terkejut bila dapat tahu Hijjaz Records dah ambik Ina Hijjaz(bekas tunang mawi) jadi artis terbaru naungannya.Malah dalam Komuniti SahabatHijjaz (fan club Hijjaz) benda ni jadi perdebatan hangat. Ada yang menentang keras sampai sanggup mengancam untuk memboikot dan tak kurang yang tak kisah. Bagi yang menentang, antara isu utama yang dijadikan asas penentangan adalah soal suara wanita yang dikatakan sebahagian daripada aurat.Tak kurang yang menentang kerana imej Ina yang dikatakan tak cukup Islamik (ni maybe sebab bulu kening yang dicukur dan tudung yang tak sempurna). Hmm.. nampaknye benda ni dah jadi polemik  kepada peminat nasyid.Aku bukanlah nak berlagak pandai cuma nak berkongsi sedikit maklumat dan pendapat serta mengupas tentang soal suara wanita dalam nasyid ni.

SUARA WANITA DALAM IRAMA NASYID

Kalau tengok kepada apa yang berlaku dalam industri nasyid sendiri, soa l ini bukanblah sesuatu yang baru. Pada zaman kumpulan-kumpulan nasyid Arqam dulu seperti Nadamurni dan theMawaddah
zikr mendominasi genre nasyid, kumpulan nasyid perempuan memang wujud tetapi tidak dipersembahkan secara terbuka. Malah pada masa itu penggunaan alat muzik bertali dan bertiup pun dianggap haram. Namun dalam era nasyid kontemporari ni, keadaan telah berubah. Penggunaan alat muzik tidak lagi terhad kepada alat tertentu.Bukan kerana  hukum itu berubah, tetapi soal muzik ini bukanlah sesuatu yang bersifat qat’ie yakni putus tetapi lebih kepada khilaf. Dalam erti kata lain, ulamak berbeza pendapat dalam hal ini yang mana disokong dengan hujah dan dalil mereka tersendiri. So kita sebagai pengikut ni, boleh la pilih mana-mana pendapat yang kita yakin.

Pada zaman 70′an dulu majoriti kumpulan nasyid mainstream seprti al mizan, al jawaher dan lain-lain adalah wanita. Zaman nasyid kontemporari pun ade kumpulan-kumpulan nasyid wanita seperti  SolehaDsc00157vih, Wirdani, Mawaddah dan Huda.  Pernah satu ketika dulu, saya agak terkejut bila tengok kumpulan rabbani berduet dengan Datuk Sharifah Aini dalam satu lagu utk rancangan RTM. Kemudian Hijjaz pula berduet dengan Rahimah Rahim dalam lagu ‘Doa’ utk siaran Zoom In. Kumpulan Brothers juga berduet dengan Waheeda dalm album Brothers Reunited.Ketika itu saya terfikir bahawa nampaknya ketiga-tiga otai nasyid ni sudah agak liberal dalam soal ini. Jika tidak masakan meraka sanggup berduet dengan penyanyi wanita? Ditambah pula baru-baru ini bila Rabbani Production menganjurkan Konsert Sinar Maulidurrasul yang turut melibatkan Siti Nurhaliza dan Waheeda. Jika mereka menganggap suara wanita itu aurat dan wanita tidak boleh menyanyi di tempat terbuka, maka perkara-perkara tersebut tidak akan dilakukan. Malah mereka juga tidak akan menulis lagu utk kumpulan nasyid wanita dan menjadi jurulatih kepada kumpulan nasyid wanita kerana perbuatan ini boleh dianggap syubahah.Even kalau dengar Siti Nurhaliza atau Waheeda pun tak boleh! Maka dengan itu jelaslah bahawa mereka mengambil pendirian bahawa suara wanita bukanlah aurat secara total. Senang citer, kalau wanita tu tu menyanyi utk berdakwah, maka ia dibolehkan.


DALIL BERKAITAN DAN PENDAPAT ULAMA
Qaradawi
Menurut pendapat ulamak tersohor Al-Azhar, Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fatwa-fatwa Kontemporari, suara wanita bukanlah aurat.Malah beliau kesal dengan tindakan segelintir
umat yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi haknya serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan syarak. Menurut beliau lagi golongan ini juga mengatakan suara wanita itu aurat ,kerananya tidak boleh wanita berkata-kata kepada lelaki selain suami atau mahramnya.Sebab, suara dengan tabiatnya yang merdu dapat menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Namun, jelas Dr.Yusuf, apabila golongan ini ditanya dalil yang dapat dijadikan sandaran, mereka gagal memukakannya.

Berikut adalah petikan daripada hujah Dr.Yusuf Qardhawi dalam buku Fatwa-Fatwa Kontemporari:

" Apakah mereka tidak tahu bahawa Al-Quran membolehkan lelaki bertanya kepada isteri-isteri Nabi SAW dari balik tabir? Bukankah isteri-isteri nabi itu mendapat tugas dan tanggungjawab lebih berat isteri-isteri yang lain sehinggakan ada beberapa perkara yang diharamkan  ke atas mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian  Allah berfirman:

        "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka
         mintalah dari belakang tabir…" (surah al Ahzab: 53)

Permintaan atau pertanyaan (dari para sahabat) itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Muslimin . Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan mereka meriwayatkan hadis bagi orang-orang yang ingin mengmbil hadith mereka…

……Selanjutnya, Al-Quran juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman dan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannnya sebagaimana pendapat terpilih..

Walaubagimanapun, Dr Yusuf Qardhawi turut menjelaskan perkara yang dilarang berkaitan suara wanita ini seperti petikan di bawah:

   Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh   Al-Quran distilahkan dengan al-khudhu bil qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagimana disebutkan dalam firman Allah:

        "Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa.
         Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada
         penyakit hatinya , dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al ahzab:32)

Allah melarang khudhu yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit". Namun , dengan ini bukan bererti Allah melarang semua perbicaraan wanita dengan setiap lelaki…..

kalau nak baca lebih lanjut pasal artikel Dr.Yusuf Qardhawi boleh ke laman web ni
Fatwa-Fatwa Kontemporer

boleh gak ke laman-laman lain yg berkaitan:
Syariah Online
Suara Wanita Bukan Aurat
Suara Wanita:Aurat atau bukan

PERSOALAN YANG TIMBUL

Berdasarkan hujah dan pendapat ulamak di atas dapatlah disimpulkan bahawa suara wanita bukanlah aurat akan tetapi wanita dilarang sama sekali melunakkan perbicaraan untuk menarik lelaki yang di istilahkan dalam Al Quran sebagai Al-Khudhu bil Qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara) seperti yang termaktub dalam surah al ahzab ayat 32. 

Persoalannya adakah penasyid atau penyanyi wanita walaupun menyanyikan lagu dakwah serta menyanyi di tempat terbuka termasuk dalam perbuatan ini?

Hmm.. diharap kalau ada hujah-hujah lain untuk mengupas persoalan ini, sudilah kiranya jika tuan-tuan dapat kongsikan bersama.Lagipun majlis fatwa kebangsaan setelah dihubungi mengesahkan fatwa tentang perkara ini tidak pernah diputuskan. Setakat ini cuma negeri Kelantan melalui enakmen hiburannya melarang sama sekali persembahan wanita di khalayak ramai termasuk qariah bagi pertandingan tilawah al-quran… Pening-pening…