Polemik Suara Wanita
Hmm.. ramai jugak peminat dan penggiat nasyid yang terkejut bila dapat tahu Hijjaz Records dah ambik Ina
(bekas tunang mawi) jadi artis terbaru naungannya.Malah dalam Komuniti SahabatHijjaz (fan club Hijjaz) benda ni jadi perdebatan hangat. Ada yang menentang keras sampai sanggup mengancam untuk memboikot dan tak kurang yang tak kisah. Bagi yang menentang, antara isu utama yang dijadikan asas penentangan adalah soal suara wanita yang dikatakan sebahagian daripada aurat.Tak kurang yang menentang kerana imej Ina yang dikatakan tak cukup Islamik (ni maybe sebab bulu kening yang dicukur dan tudung yang tak sempurna). Hmm.. nampaknye benda ni dah jadi polemik kepada peminat nasyid.Aku bukanlah nak berlagak pandai cuma nak berkongsi sedikit maklumat dan pendapat serta mengupas tentang soal suara wanita dalam nasyid ni.
SUARA WANITA DALAM IRAMA NASYID
Kalau tengok kepada apa yang berlaku dalam industri nasyid sendiri, soa l ini bukanblah sesuatu yang baru. Pada zaman kumpulan-kumpulan nasyid Arqam dulu seperti Nadamurni dan the
zikr mendominasi genre nasyid, kumpulan nasyid perempuan memang wujud tetapi tidak dipersembahkan secara terbuka. Malah pada masa itu penggunaan alat muzik bertali dan bertiup pun dianggap haram. Namun dalam era nasyid kontemporari ni, keadaan telah berubah. Penggunaan alat muzik tidak lagi terhad kepada alat tertentu.Bukan kerana hukum itu berubah, tetapi soal muzik ini bukanlah sesuatu yang bersifat qat’ie yakni putus tetapi lebih kepada khilaf. Dalam erti kata lain, ulamak berbeza pendapat dalam hal ini yang mana disokong dengan hujah dan dalil mereka tersendiri. So kita sebagai pengikut ni, boleh la pilih mana-mana pendapat yang kita yakin.
Pada zaman 70′an dulu majoriti kumpulan nasyid mainstream seprti al mizan, al jawaher dan lain-lain adalah wanita. Zaman nasyid kontemporari pun ade kumpulan-kumpulan nasyid wanita seperti Soleha
h, Wirdani, Mawaddah dan Huda. Pernah satu ketika dulu, saya agak terkejut bila tengok kumpulan rabbani berduet dengan Datuk Sharifah Aini dalam satu lagu utk rancangan RTM. Kemudian Hijjaz pula berduet dengan Rahimah Rahim dalam lagu ‘Doa’ utk siaran Zoom In. Kumpulan Brothers juga berduet dengan Waheeda dalm album Brothers Reunited.Ketika itu saya terfikir bahawa nampaknya ketiga-tiga otai nasyid ni sudah agak liberal dalam soal ini. Jika tidak masakan meraka sanggup berduet dengan penyanyi wanita? Ditambah pula baru-baru ini bila Rabbani Production menganjurkan Konsert Sinar Maulidurrasul yang turut melibatkan Siti Nurhaliza dan Waheeda. Jika mereka menganggap suara wanita itu aurat dan wanita tidak boleh menyanyi di tempat terbuka, maka perkara-perkara tersebut tidak akan dilakukan. Malah mereka juga tidak akan menulis lagu utk kumpulan nasyid wanita dan menjadi jurulatih kepada kumpulan nasyid wanita kerana perbuatan ini boleh dianggap syubahah.Even kalau dengar Siti Nurhaliza atau Waheeda pun tak boleh! Maka dengan itu jelaslah bahawa mereka mengambil pendirian bahawa suara wanita bukanlah aurat secara total. Senang citer, kalau wanita tu tu menyanyi utk berdakwah, maka ia dibolehkan.
DALIL BERKAITAN DAN PENDAPAT ULAMA
Menurut pendapat ulamak tersohor Al-Azhar, Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fatwa-fatwa Kontemporari, suara wanita bukanlah aurat.Malah beliau kesal dengan tindakan segelintir
umat yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi haknya serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan syarak. Menurut beliau lagi golongan ini juga mengatakan suara wanita itu aurat ,kerananya tidak boleh wanita berkata-kata kepada lelaki selain suami atau mahramnya.Sebab, suara dengan tabiatnya yang merdu dapat menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Namun, jelas Dr.Yusuf, apabila golongan ini ditanya dalil yang dapat dijadikan sandaran, mereka gagal memukakannya.
Berikut adalah petikan daripada hujah Dr.Yusuf Qardhawi dalam buku Fatwa-Fatwa Kontemporari:
" Apakah mereka tidak tahu bahawa Al-Quran membolehkan lelaki bertanya kepada isteri-isteri Nabi SAW dari balik tabir? Bukankah isteri-isteri nabi itu mendapat tugas dan tanggungjawab lebih berat isteri-isteri yang lain sehinggakan ada beberapa perkara yang diharamkan ke atas mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian Allah berfirman:
"Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka
mintalah dari belakang tabir…" (surah al Ahzab: 53)
Permintaan atau pertanyaan (dari para sahabat) itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Muslimin . Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan mereka meriwayatkan hadis bagi orang-orang yang ingin mengmbil hadith mereka…
……Selanjutnya, Al-Quran juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman dan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannnya sebagaimana pendapat terpilih..
Walaubagimanapun, Dr Yusuf Qardhawi turut menjelaskan perkara yang dilarang berkaitan suara wanita ini seperti petikan di bawah:
Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Quran distilahkan dengan al-khudhu bil qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagimana disebutkan dalam firman Allah:
"Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa.
Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada
penyakit hatinya , dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al ahzab:32)
Allah melarang khudhu yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit". Namun , dengan ini bukan bererti Allah melarang semua perbicaraan wanita dengan setiap lelaki…..
kalau nak baca lebih lanjut pasal artikel Dr.Yusuf Qardhawi boleh ke laman web ni
Fatwa-Fatwa Kontemporer
boleh gak ke laman-laman lain yg berkaitan:
Syariah Online
Suara Wanita Bukan Aurat
Suara Wanita:Aurat atau bukan
PERSOALAN YANG TIMBUL
Berdasarkan hujah dan pendapat ulamak di atas dapatlah disimpulkan bahawa suara wanita bukanlah aurat akan tetapi wanita dilarang sama sekali melunakkan perbicaraan untuk menarik lelaki yang di istilahkan dalam Al Quran sebagai Al-Khudhu bil Qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara) seperti yang termaktub dalam surah al ahzab ayat 32.
Persoalannya adakah penasyid atau penyanyi wanita walaupun menyanyikan lagu dakwah serta menyanyi di tempat terbuka termasuk dalam perbuatan ini?
Hmm.. diharap kalau ada hujah-hujah lain untuk mengupas persoalan ini, sudilah kiranya jika tuan-tuan dapat kongsikan bersama.Lagipun majlis fatwa kebangsaan setelah dihubungi mengesahkan fatwa tentang perkara ini tidak pernah diputuskan. Setakat ini cuma negeri Kelantan melalui enakmen hiburannya melarang sama sekali persembahan wanita di khalayak ramai termasuk qariah bagi pertandingan tilawah al-quran… Pening-pening…
August 24th, 2006 at 10:49 pm
salam..
anywae, but still masing2 pun kene pandai membezakan baik buruk lah, ye tak
August 25th, 2006 at 12:20 pm
perempaun nih byk khilafnya..makna kate nyer..bila ada unsur halal n haram.sure2 laa kna lebihkan haramnya..macam merokok…memudaratkan kesihatan so secara tak lansung jadik haram..
berbalik pada persoalan yg di utarakan olh bro jeng kte ni, ermm..suara wanita bila di lantangkan atau makne kate di merdukan..adalah tidak harus n menjurus kepada haram..dan menjadi slh satu aurat wanita..kte lum tentu tahu org yg mendgr nasyid tuh lum tentu nak dgr lirik or nasyid tuh..mane kte tahu die sbnrnya nak dgr suaranya shj..okeyla..lelaki suara tuh bkn aurat.tahu x yg sesetengah peminat nasyid nih sbnrnya bukanlaa meminati lagunya..tetapi meminati orgnya..btul x..? so samalah ngan konsep penyanyi nasyid wanita..lau x…nape artis nasyid lelaki tuh lau lebih sket..ensem sket..cpt jerk naiknya n glemer..rasanya x dpt lah nak nafikan..btul x.? i know u know about dat!!!
>> act dah byk sgt diskas sal ni ngan bro jeng sendiri..tp still rasa cam xder penyelesaiaan nya..paperpun.lebih baik mencegah dari merawat..!!! so keep in touch..!! pastikan irama nasyid bersih!!!
August 25th, 2006 at 4:48 pm
Dunia sekarang ramai org nak menghalalkan sesuatu untuk kepentingan peribadi.kerana
harta
pangkat
wanita
cari dalil2 yang lemah untuk menghalalkan sesuatu
hmm
fikirlah sendiri..
August 26th, 2006 at 7:26 am
salam..
sy bukanla org yg pandai dlm hal2 ni. even, ni la 1st time post sesuatu kt sini.apa pun, nape kita mesti cari kesilapan di sini sedangkan di luar sana?
August 27th, 2006 at 8:49 pm
Assalamualaikum..
sy stuju ngan pandangan Ir Fadhlan…
Satu hal yang amat jelas, banyak lagi uslub dakwah yang lain kita buleh guna, tp kenapa ‘menyanyi’ jugak yang kiter pilih??? yang lelaki, ok la…tapi yang perempuan, byk lagi cara lain, yang lebih berkesan dan lebih cantik caranya…even Nabi SAW pon tak guna uslub dakwah dengan cara ‘menyanyi’…that is my opinion…
Ya Allah, selamatkan dan lindungilah Umat Islam…Hancurkanlah org2 kafir, israel, musyrikin dan sekutu2nya….
Ameen..
October 19th, 2006 at 11:49 pm
mulanya saya berbaik sangka ngan Hijjaz. tapi bila tgk album lembaran syawal… saya tak boleh untuk bersangka begitu lagi… semuanya seakan mematahkan hujjah untuk membantu…
persoalannya kenapa perlu campur nyanyian lelaki dan perempuan dalam satu album dan lagu..
November 18th, 2006 at 3:53 pm
Salam Abe Jeng,
Sy rasa teringin juga utk mencelah.
Kita tak pernah pertikaikan isu SUARA ITU AURAT atau tidak. Fatwa yg dikemukakan di atas tu merujuk hanya kepada suara yg digunakan dlm urusan muamalat seharian, bercakap, berjual beli dsb. Kita sokong yg itu, sbb jika tidak, maka tak boleh bercakap langsung lah jawabnya para wanita Muslimah pada hari ini.
Yg kita persoalkan ialah MELUNAKKAN suara tu, bertujuan utk menyedapkan, menarik minat golongan lelaki. Tak ada siapa boleh jamin yg lelaki tak akan tertarik dan jatuh minat kepada wanita2 Muslimah yg melunakkan suara mereka dlm nyanyian. Ada kes, lelaki yg minat artis nasyid wanita sampai tergila2, pergi kumpul gambar, print dan dok tatap je..
Ini yg kita persoalkan.
Bila kita katakan suara wanita itu bukan aurat, tapi menjadi aurat bila DILUNAKKAN utk diperdengarkan kepada lelaki ajnabi : MAKA ada lah golongan2 yg berusaha sedaya upaya nak mengorek kot celah mana yg dia rasakan patut utk BUKTIKAN jugak yg wanita boleh menyanyi…
Islam ni bab pencegahan dia kuat. Dlm banyak hal, hukum dlm Islam bersifat mencegah, dan bukan utk mengubati. Mencegah dari akar umbi, kerana dikhuatiri akan bahaya besar yg bakal menanti..
Sekian,
WA
November 18th, 2006 at 3:58 pm
Satu lagi nak tambah.
Bila Hijjaz berduet dengan perempuan,
Bila Rabbani berduet jugak dengan perempuan,
Bila Brotherz pun nak gak berduet..
========
Semua di atas, bukanlah alasan atau dalil yg kukuh utk mengatakan bahawa WANITA BOLEH MENYANYI..
Kita ikut AQ dan AS, bukan penasyid..
WA
December 15th, 2006 at 8:10 pm
Memang betullah..itu semua bukannya dalil at all cuma itu antara perkara yang berlaku mutaakhir ini. Yang kita rujuk dan mana2 umat Islam pun ade empat saja Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Hijjaz, Rabbani dan Brotherz tak termasuk..huhuhu
December 15th, 2006 at 8:19 pm
Benar sekali katamu Wan G,itulah persoalannya seperti mana yang yang ku tulis dihujung tulisan ku itu… adakah penyanyi nasyid mahupun penceramah2 wanita kita yang dok bercakap kat atas stage dengan cara yang menarik minat pendengar tergolong dalam Al-Khudhu bil Qaul(tunduk/lunak/memikat dalam berbicara).Hadis tak sebut ‘menyanyi’ tetapi ‘berbicara’. So ini bermaksud semualah yang menunjukkan sifat berkata-kata termasuklah berceramah,bercerita, berdebat,menyanyi dan sebagainya…
December 16th, 2006 at 9:36 am
BERBICARA pun perlu adab nya supaya tidak berliuk2/ berlemah2/melentok2..ini kan pula mmg menyanyi..itu lah syumul nya Al-quran,dan org yg waras akan faham menyanyi lebih rendah kedudukannya, and so of course be included in the category referred in surah ahzab..ayaaya..dah jelas lagi bersuluh..kecuali kpd yg membuta kan hati;) jgn pula ade yg salah fhm ttg pendapat Qaradhawi, suara perempuan mmg tidak aurat..
so tok jeng, ubah tajuk..”POLEMIK WANITA MENYANYI” itu lah yg menjadi isu.mungkin ada pula yg dangkal kata..ayat quran tu adress isteri2 nabi, jadi kita tak termasuk..aduhai manusia!!
December 17th, 2006 at 6:44 am
hmm timbul satu lagi persoalan..
yang pertama: ada atau tidak kemungkinan yang mana perempuan yang menyanyi tetapi tidak menimbulkan keinginan kepadanya? dan yang kedua: bagaimana pula kalau lelaki yang menyanyi akan tetapi kesan nyanyiannya itu menimbulkan keinginan kepadanya..? so amacam?
December 18th, 2006 at 4:40 am
hmm..rasanya fatwa dah ada ttg tu..lg satu, kalau nk timbulkan persoalan mmg byk tok jeng.nilai dari segi nas: elakkan perkara syubhah lebih baik utk menjaga agama.takkan lah kamu nk tanya setiap org yg mendgr samaada mrk ada ‘keinginan’ ke tidak. by the way, kamu kumpulan lelaki pun tak terkecuali dari hukum yg sama, cthnya kalau org lalai dari mendgr music kamu. fatwa yusuf qaradhawi juga ketat ttg music, bukan tak boleh hiburan dlm islam, tp bila baca fatwa tu jgn quote separuh2, kasi penuh2 biar tak salah faham org yg membaca nya.dakwah mesti lah ada landasan, iaitu tidak mendatangkan mudharat yg lebih besar dari ma’ruf yg anda hasilkan..wallahua’alam.
December 18th, 2006 at 4:43 am
kalau ada seratus org pendengar, walaupun adeseorg yg ber’keinginan’.. ia tetap menjadi haram..ini pula kalau suara itu menjadi dengaran satu Malaya..ish3..lagi satu, ayat qur’an itu menyebut ciri2 liuk lentuk dulu yg menyebabkan timbul kejahatan pd hati seseorg..SO! ada ke org menyanyi note dia flat jee??ade ke??
December 18th, 2006 at 9:05 am
Kalau macam tulah hujah kamu(nak guna kamu jugaklah sebab awak pun pakai kamu) cik cikin,maksudnya hukum yang menyebabkan haram atas nyanyian itu bukan kerana perbuatan nyanyian itu sendiri akan tetapi kepada cara nyanyian itu…jadi andai kata tiada berlakunya Al-Khudhu bil Qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara)maka tidaklah haram… analoginya, dadah itu tidaklah haram atas sifatnya sebagai dadah akan tetapi akan haram sekiranya dadah itu disalah gunakan sehingga mendatangkan mudarat.. betul tak cik ckin?
December 18th, 2006 at 9:10 am
Dan satu lagi.. menyanyi dengan merdu TIDAK semestinya akan menimbulkan keinginan.. dan menyanyi ngan flate note pun TIDAK semestinya TIDAK menimbulkan keinginan ye tak?? Taste orang ni berbeza-beza.. susah nak jangka..
December 8th, 2008 at 9:55 am
DHOWS rest on a sandy beach in front of a few ramshackle homes. A creek cuts inland, traced by a dirt road that runs to a craggy fishing settlement three kilometres away. Until recently Eyl was a rundown Somali outpost of 7000 people. Now,
June 5th, 2009 at 10:23 am
bukankah bila menyanyi wanita akan melunakkan suara?
kan?