Pemandu lori yang menggila…
Saturday, September 9th, 2006Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke Shah Alam daripada Machang, aku nyaris-nyaris terlibat dalam kemalangan. Masa tu kami kat jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Epul yang memandu, Kerol dok kat kerusi depan dan aku sorang kat belakang. Muaz (PR Hijjaz) tak follow kami balik sekali sebab ada kenduri di Kota Bharu. Khalil pulak memang tak join show kat kelantan ni sebab tak dapat cuti..

Lebih kurang pukul 3.00 pagi, di suatu kawasan berbukit, sebuah trailer yang dipandu melebihi 100km/j yang memotong sebuah trailer lain memecut terus ke arah kami. Epul yang memandu terpaksa mengelak lori tersebut sampai waja yang dipandu bergerak di kawasan bahu jalan. Nasib baik Epul tak panik dan pemandu lori tu pun tak gelabah. Kalau tak kemungkinan besar kemalangan ngeri akan berlaku! Nauzubillah!.. Dalam keadaan cemas dan hati yang berdebar-debar bercampur marah serta geram tu, terpacul spontan dari mulut aku, " Celaka punye lori!!!"Bila aku toleh ke belakang aku nampak sign syarikat lori tu. Memang aku kenal sgt. Syarikat pengankutan tu pejabat dia dekat Wakaf Che Yeh, KB dan kalau kat KL ofis dia di Jalan Klang Lama.Aku pun dulu pernah guna khidmat mereka untuk hantar motor aku balik kampung..
Dalam hati aku memang geram giler.. rasa kalau dapat, nak aje aku belasah driver lori yang kurang ajar tu!!Langsung tak fikir pasal orang lain. Tahulah awak tu besar, yang teruk nanti kenderaan kecik macam kami ni!! Kalau beginilah sikap pemandu kat negara kita, tak hairanlah kadar kemalangan kat Malaysia ni cukup tinggi. Lepas tu Epul dah ketar lutut, tak boleh bawak kete dah. Si kerol pulak masih fobia lepas kemalangan baru-baru ni.So aku take over jadi pilot sampailah kami tiba di Raub untuk solat subuh lebih kurang pukul 6.15 pagi. Lepas tu Epul pulak yang memandu sampalah Shah Alam. Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Shah Alam pukul 2 jam kemudian. Kalau tak maybe aku takkan menulis blog ni lagi… Thank you Allah!!!