Pemandu lori yang menggila…
Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke Shah Alam daripada Machang, aku nyaris-nyaris terlibat dalam kemalangan. Masa tu kami kat jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Epul yang memandu, Kerol dok kat kerusi depan dan aku sorang kat belakang. Muaz (PR Hijjaz) tak follow kami balik sekali sebab ada kenduri di Kota Bharu. Khalil pulak memang tak join show kat kelantan ni sebab tak dapat cuti..

Lebih kurang pukul 3.00 pagi, di suatu kawasan berbukit, sebuah trailer yang dipandu melebihi 100km/j yang memotong sebuah trailer lain memecut terus ke arah kami. Epul yang memandu terpaksa mengelak lori tersebut sampai waja yang dipandu bergerak di kawasan bahu jalan. Nasib baik Epul tak panik dan pemandu lori tu pun tak gelabah. Kalau tak kemungkinan besar kemalangan ngeri akan berlaku! Nauzubillah!.. Dalam keadaan cemas dan hati yang berdebar-debar bercampur marah serta geram tu, terpacul spontan dari mulut aku, " Celaka punye lori!!!"Bila aku toleh ke belakang aku nampak sign syarikat lori tu. Memang aku kenal sgt. Syarikat pengankutan tu pejabat dia dekat Wakaf Che Yeh, KB dan kalau kat KL ofis dia di Jalan Klang Lama.Aku pun dulu pernah guna khidmat mereka untuk hantar motor aku balik kampung..
Dalam hati aku memang geram giler.. rasa kalau dapat, nak aje aku belasah driver lori yang kurang ajar tu!!Langsung tak fikir pasal orang lain. Tahulah awak tu besar, yang teruk nanti kenderaan kecik macam kami ni!! Kalau beginilah sikap pemandu kat negara kita, tak hairanlah kadar kemalangan kat Malaysia ni cukup tinggi. Lepas tu Epul dah ketar lutut, tak boleh bawak kete dah. Si kerol pulak masih fobia lepas kemalangan baru-baru ni.So aku take over jadi pilot sampailah kami tiba di Raub untuk solat subuh lebih kurang pukul 6.15 pagi. Lepas tu Epul pulak yang memandu sampalah Shah Alam. Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Shah Alam pukul 2 jam kemudian. Kalau tak maybe aku takkan menulis blog ni lagi… Thank you Allah!!!
September 9th, 2006 at 9:31 pm
syukur alhamdullilah…
berhati2 di jalan raya..
baru2 ni adik saya accident.. alhamdullilah masih hidup cuma tangannyer dier patah…
September 9th, 2006 at 9:46 pm
phew..kalu tak pas ni mesti dah x der mestica!syukur
September 10th, 2006 at 5:20 am
Ada buat laporan polis tak? Orang Malaysia malas buat laporan polis, mungkin sebab itulah pemandu apa jua jenis kenderaan di Malaysia pun berani buat apa saja dia nak, sebab dia yakin yang dia akan terlepas. Kalau ada orang dah terbunuh baru dia nak minta maaf dan insaf, tapi apa nak buat kalau dah terlambat…
September 11th, 2006 at 3:45 am
uish…bahaya tuu…kalo tak dah takde dah geng nak ajak kutuk azman adnan…
September 11th, 2006 at 5:06 am
masyaALLAH..
mmg lori2 yg lalu kat pnati timur highway ni giler skit..
hui…
ana doakan antum2 seme selamat..
sek baik x eksiden..kalo x jadi berita utama kat TV1
September 12th, 2006 at 4:11 am
Mestica dah ada insurance blum?
Meh amek kat kawe…
September 18th, 2006 at 8:02 am
Astaghfirullah Al-’Azimm..
nasib baik semua selamat..bahaya tol la pemandu tu..
nasib gak akhi razin tak fobia gak,kalo fobia gak..alamat tersadai je la waja tu kat tepi jalan sampai de org mai amik..
pape pun..syukur Alhamdulillah semua selamat..(^_^)
September 26th, 2006 at 1:00 am
ermm..Allah masih x sayang korang..heheh gurau aje..suh wat amal ibadat byk2 laa tuh.. =p
hehe syukur..umur di panjangkan lagi..leh lagilaa kita men sms..hehehe
December 15th, 2006 at 7:18 pm
bace sekali.. terkejut ade..nk tegelak pun ade sbb ayat2 kt atas..hehe..pape pun alhamdulillah slmt..
wah… siap tgkp gambo lori terbabit??
January 15th, 2007 at 4:55 am
Syukur tak jadi pape kat abg2 sume..Alhamdulillah…Nasib baik abg tak fobia gak kan..Kalu tak sape lak yang nak drivekan..Hmm…Zafira doakan abg2 sume dijauhkan dari segala bahaya..Take care ye…