Kembali Menulis…
Friday, December 15th, 2006Dah lama sangat aku tak posting kat sini… Nak kata sibuk tu taklah sangat tapi tulah orang kata,kalau asyik bertangguh ni, memang tak jadi. Sekarang ni tengah musimm cuti dan aku seperti biasa bila time cuti ni, aku akan masuk ofi
ce NC balik dan tolong ape yang patut. Selain tu aku dan budak mestica yang lain memenuhi undangan show seperti biasa walaupun hujung-hujung tahun ni takdelah banyak manapun stage show nye. Yang banyak majlis kawin kengkawan aku, Akmal Mirwana dah selamat dah 25 Nov lepas. Coming soon is Along Mirwana 17 Dis then Fazli Far East 24 Dis.Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada korang semua.Apedia???!! Aku pulak bila??? Ayyoyo macha, belajar pun tak abis lagi, sendiri mau ingat la…huhuhu.. hmmm…Cuti kali ni pun agak special sikit bagi aku sebab ayah dan bondaku kini berada di Mekah untuk menunaikan haji. Anakanada doakan ayahanda bonda berdua sentiasa sihat dan mendapat haji yang mabrur!!Amin..
AGM PIN
Alhamdulillah AGM PIN telahpun berlangsung dengan jayanya walaupun tak ramai ‘big shot’ nasyid yang hadir. Harapnya lepas ni perjalanan Persatuan Penggiat Industri Nasyid ( PIN) akan lebih teratur dan kemas serta terhindar daripada fitnah dan prasangka buruk. Terima kasih kepada semua yang bagi komitmen kepada PIN walaupun hanya menyokong dari jauh. Walaupun ada yang menganggap kewujudan PIN ini tidak relevan, aku yakin perlu ada satu badan yang berusaha untuk membangun dan memartabatkan industri nasyid secara keseluruhannya. Isu-isu yang diperjuangkan PIN mestilah isu-isu yang membawa manfaat kepada semua pihak dalam industri tak kiralah kumpulan baru ke, kumpulan lama ke, yg ada album atau tidak mahupun mereka yang kerja belakang tabir seperti penulis lirik, komposer dan sebagainya..
MERGE AND MERGE..
Aku agak tak faham bila kerajaan ambil keputusan utk menggabung beberapa konglomerat besar kat Malaysia terutamanya GLC. Lagipun bagi aku sebagai orang yang tak berapa pandai ni, tak nampak sebarang sebarang sebab mengapa syarikat-syarikat perladangan besar seperti Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope perlu bergabung sebagai satu entiti yang dikenali sebagai Synergy Dri
ve Sdn Bhd. Lagipun pada dasarnya, penggabungan akan hanya dilakukan apabila syarikat-syarikat terlibat mempunyai masalah khususnya dari sudut kewangan. Tapi dalam kes ketiga-tiga syarikat ini, perkara tersebut tidak berlaku. Begitulah juga dengan cadangan penggabungan antara Utusan Malaysia dan NSTP. Aku tak nampak apa perlunya gergasi media ni perlu digabungkan. Satu perkara yang agak merungsingkan bila berlakunya penggabungan adalah soal akan adanya pekerja yang diberhentikan.. this usually happen when merging take part in companies. Ye lah contohnya sekarang ni Guthrie ade 6 GM Sime Darby ade 5 dan Goleden Hope ade 4, takkanlah bila dah jadi satu company semuanya akan dikekalkan. Takkanlah sampai satu company ade sampai 15 orang General Manager?? Dah la graduan kita ramai takde kerja nanti kang tak pasal-pasal tambah lagi penganggur. hmmm.. ntahlah
SINGAPURA BAKAL ‘JAJAH’ MALAYSIA???
Ramai rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri yang bimbang bila sebahagian equiti dalam aset strategik Malaysia seperti Proton, TM, Air Asia, Pantai, dan lain-lain telah mula dimiliki oleh entiti asing khususnya Singapura melalui cabang pelaburannya Temasek Holdings ataupun proksi-proksinya. Aku bukanlah seorang yang anti Singapura malah aku punya ramai juga sahabat dari Singapura tetapi pembelian
aset-aset strategik negara kepada entiti asing merupakan satu perkara yang sukar diterima.. Dah namapun strategik, tak seharusnya kita serah kepada orang lain. Kalau benda yang tak bersifat strategik macam Giant ke, Kilang Cat ke lantak pilah tapi ini semua syarikat penting yang menjadi ‘national pride’. Satu lagi yang aku pelik dalam projek SJER atau Wilayah Pembangunan Iskandar , macam mana projek health tourism dapat kat Parkway Holding dari Singapura???!!! Sedangkan satu Malaysia tahu bahawa kita ada KPJ atau Kumpulan Perubatan JOHOR yang ada rangkaian hospital pakar dan pusat perubatan terkemuka di seluruh Malaysia. Mengapa kontrak tu tak diberikan kepada mereka sedangkan projek SJER ini tujuannya untuk memberi manfaat kepada rakyat khususnya di Johor. Lainlah kalau memang kita takde kepakaran dalam bidang tu.Dah la rakyat singapura akan bebas menjelajah SJER tanpa melalui pemeriksaaan Imegresen dan pasport!! Jangan pulak satu hari nanti rakyat singapura akan bebas memiliki hartanah di JOHOR sudah..Kalaupun nak cakap ada G to G punya understanding, tak pernah pulak aku dengar Khazanah Nasional beli ekuiti syarikat strategik Singapura. Yang aku dengar hanyalah ade senarai syarikat-syarikat Malaysia yang dibeli ekuitinya sedikit demi sedikit oleh entiti Singapura.NSTP pernah siarkan list tu.Dah la tu Editor NSTP pun orang Singapura Brenda Pirera. Lepas ramai orang bising termasuk Tun Mahathir barulah tukar orang kita.. Mintak maaf la aku memang agak emosional sikit bila sentuh bab-bab kepentingan negara dan rakyat ni. Rakyat Thailand pun sanggup singkir PM Mereka bila PM Thai bila beliau dia jual syarikat telco strategik Thailand kepada Temasek Holding sekaligus mengabaikan kepentingan negara Thailand. So aku harap Pak Lah dan kerajaan kita mempunyai penjelasan dan hujah yang kukuh di atas fenomena-fenomena ayang aku sebutkan di atas. Tak naklah nanti Malaysia ni jadi macam cerita Pak Kadok, menang sorak tapi kampung tergadai!!!
THE NEW KING OF MALAYSIA 
Di kesempatan ini jugak aku nak ucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Nur Zahirah di atas perlantikan baginda berdua sebagai SPB Yang Dipertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong. Semoga Malaysia akan terus makmur dan berkat di bawah naungan tuanku. DAULAT TUANKU!!!