Di Sebalik Senyuman..
Saturday, February 24th, 2007 Aku memang suka tersenyum. Memang kena dengan tagline yang sering aku guna "Senyum Sokmo". Ramai yang menafsirkan aku sentiasa cool walau apa jua keadaan walaupun dalam keadaan tension atau sukar sekalipun. Semuanya kerana senyuman yang sering terpapar diwajahku. Memang betul, aku tak suka tunjuk kat orang lain 
aku ade problem, tertekan, sedih atau sebagainya. Apatah lagi kepada insan-insan tersayang.Senyumanku menutup segalanya. Lagipun aku tak nak menyusahkan orang lain. Biar kutanggung semuanya sendiri selagi terdaya. Lagipun tak guna kita gundah gulana sebab ianya tak akan menyelesaikan masalah. Tak guna kita menangis kekesalan kerana sejarah tidak akan berubah. Yang penting kita melangkah terus ke depan.Kalau nak direnung kisah silam sekalipun, biarlah ianya hanya untuk mendapat pengajaran dan bukan sesekali untuk dirintih. Teruskan senyumanmu walaupun di sebaliknya ada seribu satu kesukaran.Kata orang, senyum itu sedekah yang paling mudah.. Sekurang-kurangnya dapat gak pahala ye tak? So tunggu ape lagi, senyum ler..
NISA GAMES
Nisa Games telahpun melabuh tirainya pada 18 Feb yang lepas. Banyak yang aku dapat belajar daripada penglibatan aku dan Nasyeed.Com dalam sukan w
anita ni. Pertamanya, memang best kerja ngan Nisa’ ni. Satu lagi aku tengok diorang m
emang extra komited dengan tugas dan tanggungjawap diorang. Memang aku salute habis. Aku rasa most of women memang macam tu.Sifat inilah yang agak kurang dalam diri seorang lelaki. Walaupun dengan serba kekurangan dan kekangan hebat, akhirnya berjaya juga temasya sukan ini dilaksanakan. Thanks to Kak Mas, Kak Muna, Yder, Erza, Che Na dan orang-orang kuat Nisa’ yang lain kerana bagi peluang kepada aku dan kengkawan di NC untuk bantu you all semua.
KOLUMNIS DARA.COM
Tak sangka lak aku, satu hari nanti aku akan terlibat dalam bidang penulisan ni. Frankly speaking,
memang aku tak suka mengarang nih. Tapi ramai juga kengkawan aku yang cakap aku ni ade bakat dalam bidang ni. So bila dapat offer daripada
Dara.Com untuk jadi kolumnis, aku terima dengan hati terbuka. Aku tak nak lepaskan peluang untuk mencuba.Terima kasih kepada Lyn dan Abg Zaidi Wildan sebab bagi peluang dan galakan kepada aku.Harapnya, kolum tu nanti akan dapat sambutan. Tapi yang lebih penting, ianya membawa manfaat kepada semua orang termasuklah diri aku sendiri. Bak kata pepatah arab, "the best man are those who are useful to others"(Khairan nas anfauhum linnas). Sama-samalah kita jadi orang yang berguna kepada semua…