Archive for May, 2007

Karya Sulung untuk Mestica

Wednesday, May 16th, 2007

Lagu ini adalah buah tangan sulung aku untuk Mestica yang akan dimuatkan dalam album ketiga Mestica yang masih dalam proses pembikinan. Lagu ni kira karya aku yang kedua diterbitkan dalam album selepas lagu "Mubarak Ramdahan" yang berentak sedikit techno. Lagu yang berjudul Nasuha ni pulak mempunyai elemen slow rock dan pop 90’s.Liriknya pulak aku tulis bersama salah seorang mentor aku dalam muzik, Bro Dakmie(ex-Barongan.I hope you guys will enjoy the song when it is published soon.


NASUHA

 Pada-Mu kuserah segala
Harta sepenuh jiwa juga raga
Hanya Kau Yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah

Pada-Mu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha

Kukesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Takkan ku ulangi

Ya Allah ya tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu

Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkanku kembali
Ke jalan redha-Mu

Tiada lain yang kuharap
Hanya kasih sayang-Mu tuhan
Membawaku ke rimbun keampunan
Ya Allah

Pada-Mu kuserah segala

Composer  :            Razin_Mestica
Lyricists    :            Dakmie &
Jogho

Producer             : Razin_Mestica
Music Arranger    : Dakmie
Guitar played by  : Eddie
Marzuki

Musim Orang Kawin

Monday, May 14th, 2007

KEROL & FARAH
Hmm..lepas sorang, sorang kawan aku kawin. Ramai jugak yang dah dapat baby.Bila fikir balik rasa tua dah aku nih.hehehe.. 1 Mei lepas kawan aku, Kerol Mestica dah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya di Muar Johor. Walimah ni special sikit sebab aku bukan saja jadi pengapit masa tu tapi juga merangkap saksi akad cum drebar pengantin lelaki.Si khalil Mestica pulak jadi juru foto merangkap tukang bayar tol.huhuhu.. Tak tahu pulak kawin kat Johor ni ade "budaya unik". Ingatkan lalu highway je yang kena bayar tol,rupanya nak naik pelamin pun ada tol. Nasib baik tak kena berbalas pantun dulu. Kalau tak, "masak"  pengantin. Ramai tetamu yang hadir pada hari tu antaranya staff Hijjaz Records, Kak Atie, Wardiah, Along, Syima, Kak Fairuz, Muaz dan tak ketinggalan Ina Naim.Sayang Epul Mestica tak dapta hadir.Nak buat camne, exam punya pasal..

HAFIZ & ZUBAIDAH
Seminggu lepas tu, classmate aku time degree dulu pulak yang kawin. Isterinya pun bukan orang lain, budak fakulti kitorang jugak masa di Puncak Perdana dulu.Ini kes cinta kampus la ni. Alhamdulillah dari cinta kampus, akhirnya mereka ke jinjang pelamin. Aku ke sana bersama k ex-classmates aku, mas,raduan,nani,dahlia dan kak nen yang dah pun berada di sana bila kami sampai. Kenduri kat rumah Apis ni banyak mengimbau kenangan lama kami semua. Di rumah itu jugalah tempat kami mengadakan barbeku dan jamuan terakhir sebelum kami melangkah keluar dari bumi UiTM. Masih terngiang-ngiang hilai tawa dan telatah kengkawan kami masa jamuan tu.Bau ayam barbeku tu pun rasanya masih dapat dihidu.. Namum semua itu telahpun berlalu menjadi memori indah buat kami IS222 2003-2005.. Semusim bersama, seabad terasa…

YANG BAKAL MENYUSUL..
Sebulan 2 ni pun ramai lagi kawan-kawan aku yang akan naik pelamin. Shuhaidi(NC) & Jue (2 jun), Khalil Mestica (30 Jun).Yang paling ramai akan naik pelamin adalah kengkawan aku di kalangan ex-sains dungun 95-99. Siban (2 jun), Mat Pair, Hadi & Nad(Julai),Che Tok ngan Nora(Ogos)dan mungkin ade lagi yang aku belum tahu. Apapun aku ucapkan tahniah kepada korang semua dan aku doakan korang semua berbahagia sehingga ke akhir hayat. Insya Allah murah rezeki, aku pun akan mengikut jejak langkah korang tak lama lagi..hehehe