Musim Orang Kawin
KEROL & FARAH
Hmm..lepas sorang, sorang kawan aku kawin. Ramai jugak yang dah dapat baby.Bila fikir balik rasa tua dah aku nih.hehehe.. 1 Mei lepas kawan aku, Kerol Mestica dah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya di Muar Johor. Walimah ni special sikit sebab aku bukan saja jadi pengapit masa tu tapi juga merangkap saksi akad cum drebar pengantin lelaki.Si khalil Mestica pulak jadi juru foto merangkap tukang bayar tol.huhuhu.. Tak tahu pulak kawin kat Johor ni ade "budaya unik". Ingatkan lalu highway je yang kena bayar tol,rupanya nak naik pelamin pun ada tol. Nasib baik tak kena berbalas pantun dulu. Kalau tak, "masak" pengantin. Ramai tetamu yang hadir pada hari tu antaranya staff Hijjaz Records, Kak Atie, Wardiah, Along, Syima, Kak Fairuz, Muaz dan tak ketinggalan Ina Naim.Sayang Epul Mestica tak dapta hadir.Nak buat camne, exam punya pasal..
HAFIZ & ZUBAIDAH
Seminggu lepas tu, classmate aku time degree dulu pulak yang kawin. Isterinya pun bukan orang lain, budak fakulti kitorang jugak masa di Puncak Perdana dulu.Ini kes cinta kampus la ni. Alhamdulillah dari cinta kampus, akhirnya mereka ke jinjang pelamin. Aku ke sana bersama k ex-classmates aku, mas,raduan,nani,dahlia dan kak nen yang dah pun berada di sana bila kami sampai. Kenduri kat rumah Apis ni banyak mengimbau kenangan lama kami semua. Di rumah itu jugalah tempat kami mengadakan barbeku dan jamuan terakhir sebelum kami melangkah keluar dari bumi UiTM. Masih terngiang-ngiang hilai tawa dan telatah kengkawan kami masa jamuan tu.Bau ayam barbeku tu pun rasanya masih dapat dihidu.. Namum semua itu telahpun berlalu menjadi memori indah buat kami IS222 2003-2005.. Semusim bersama, seabad terasa…
YANG BAKAL MENYUSUL..
Sebulan 2 ni pun ramai lagi kawan-kawan aku yang akan naik pelamin. Shuhaidi(NC) & Jue (2 jun), Khalil Mestica (30 Jun).Yang paling ramai akan naik pelamin adalah kengkawan aku di kalangan ex-sains dungun 95-99. Siban (2 jun), Mat Pair, Hadi & Nad(Julai),Che Tok ngan Nora(Ogos)dan mungkin ade lagi yang aku belum tahu. Apapun aku ucapkan tahniah kepada korang semua dan aku doakan korang semua berbahagia sehingga ke akhir hayat. Insya Allah murah rezeki, aku pun akan mengikut jejak langkah korang tak lama lagi..hehehe
June 12th, 2007 at 8:23 am
“….(aku pun akan mengikut jejak langkah korang tak lama lagi..hehehe)”
bile tue? dis year or next year?
pape pun all da best…
September 13th, 2007 at 6:08 am
hehe..tunang dis year..kawen next year..
jurucakap razin mestica..
hahahahha..